Detak, Style - JUBAH berpotongan moden kontemporari kini menjadi minat golongan lelaki muda. Jubah begini tampak lebih bergaya dan segak pada lelaki yang memakainya.
Idea asal rekaan dan pemakaian jubah adalah dari negara-negara rantau Arab seperti Kuwait, Arab Saudi , Oman dan sebagainya, namun telah banyak diubah suai bagi pemakaian lelaki di negara ini.
Jika jubah asal dari negara-negara tersebut terhad daripada pemilihan warna seperti hitam, putih, kelabu dan coklat, jubah pula mempunyai warna-warna yang lebih menarik.
Ini sesuai dengan sasaran pemakainya yang merupakan golongan lelaki muda yang berani dan gemar dengan warna-warna terang dan riang.
Antara pilihan warna yang disediakan ialah hijau firus, biru mandarin, kuning emas, kuning pudar, coklat jingga dan banyak lagi. Pun demikian, warna-warna asas seperti putih, hitam dan kelabu masih boleh diperoleh.
Menurut Nizam Zary yang bekerjasama dengan Muhammad Razif mohd Khir, bagi menghasilkan jubah moden lelaki, menariknya, setiap rekaan dibuat dengan potongan seperti jubah yang ditempah dan terdapat juga berpotongan pesak Pahang.
Oleh itu katanya, jubah ini akan nampak seperti mengikut potongan badan si pemakai, tidak terlalu longgar atau terlalu ketat.
Ini memenuhi kehendak golongan lelaki muda sekarang yang lebih menyukai baju mengikut bentuk badan.
Nizam menjelaskan, kolar jubah ini juga lebih dipermodenkan dengan beberapa pilihan seperti kolar kemeja, cekak musang atau leher bulat.
Bahagian depan baju pula dijahit dengan butang plastik, butang baju Melayu atau zip bagi memudahkan pemakaian.
“Jika kebiasaannya jubah dibuat berlengan panjang, namun kami hasilkan jubah yang berlengan pendek, berlengan baju kemeja, boleh dipakai bersama kaflink dan mempunyai poket.
“Ini bagi memudahkan si pemakai mengambil wuduk serta mempunyai banyak pilihan rekaan untuk setiap individu yang berbeza. Jubah ini juga mudah dipadankan untuk dipakai oleh pasangan suami isteri, adik-beradik, bapa dengan anak dan sebagainya.
“Lebih cantik jika dipakai pada hari raya nanti dan ramai juga yang kini memilih jubah untuk dipakai semasa nikah, ke majlis rumah terbuka, kenduri dan berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat handai.
“Si pemakai pasti akan berasa selesa kerana kami hanya menggunakan fabrik kapas Jerman yang sejuk dan tidak panas. Selain rekaan yang ada di butik kami, pelanggan juga boleh menempah jika mereka mempunyai rekaan sendiri.
“Pada masa hadapan, kami turut merancang untuk menghasilkan jubah kanak-kanak. Kami juga menerima untuk tempahan sekeluarga,” kata Nizam yang menjual jubah ini dengan harga bermula dari RM200.